Date: Rabu, Jun 1, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrsIr. MOHD YUNOS BIN ALI, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 01.6.2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J41) bertempat di Cawangan jalan,bahagian Rekabentuk jambatan pada 16 Oktober 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 29 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-2002: Jurutera Awam (J41) Cawangan Jalan, Bahagian Rekabentuk Jambatan
  2. Tahun 2002-2005: Jurutera Awam (J41), Kementerian Dalam Negeri (kader)
  3. Tahun 2005-2009: Pengurus Besar Pembinaan (J48), Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
  4. Tahun 2009-2013: Jurutera Awam Penguasa(J48), Cawangan Jalan
  5. Tahun 2013-2016: Ketua Penolong Setiausaha Teknikal (J48), Kementerian Kewangan (Kader)
  6. Tahun 2016-2019: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Jalan, Bahagian Reka Bentuk Jambatan
  7. Tahun 2019-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan, Bahagian Pengurusan Projek Selatan
  8. Tahun 2020-2022:  Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan, Bahagian Pembangunan, Inovasi dan Standard

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. BEM P120191 

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Master Project Director (MPD) atau Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor dll.

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi​

  1. Sekretariat untuk Malaysian Road Conference and Exhibition

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Timbalan pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kantan Permai
  2. Pengerusi Surau Menara PJD

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. Mohd Yunos bin Ali  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"