Date: Jumaat, Januari 12, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Nordin Bin Abdul Rahman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 Januari 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1 Oktober 1980 dan ditempatkan di JKR Daerah Segamat, Johor sebagai Pembantu Teknik. Pada tahun 1993, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Awam dan ditempatkan di Jabatan Pengairan dan Saliran, IP Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Bahagian Pembangunan dan Perlaksanaan, Kementerian Kerja Raya (2002 – 2005), Cawangan Kerja Pendidikan, IP JKR Malaysia (2005 – 2007), Bahagian Perancangan Jalan, Kementerian Kerja Raya (2007 – 2008), Bahagian Pengurusan Projek Zon Utara, Cawangan Jalan (2008 – 2015), JKR Daerah Muar, Johor (2015 – 2017), sebelum ditukarkan ke JKR Negeri Johor dan ditempatkan di Pasukan Projek Persekutuan bermula 2 Mei 2017 sehingga bersara pada 14 Januari 2018.

Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2013 dan turut dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1992, 2004, 2010 dan 2016.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya, antaranya ialah merupakan salah seorang Road Safety Auditor. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.