Date: Selasa, Jun 15, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. IR. RADZUAN BIN MOKHTAR, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN (J54-M), CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR KUALA LUMPUR yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 JUN 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Tingkatan Biasa di JKR Negeri Pahang pada 02 Jun 1988. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1988 - 1994 : Jurutera Awam Tingkatan Biasa, JKR Negeri Pahang
  2. Tahun 1994 - 2004 : Jurutera Awam Tingkatan Biasa, JKR Kluang, Johor
  3. Tahun 2004 - 2004 : Jurutera Awam Kanan (J48), JKR Negeri Johor
  4. Tahun 2004 - 2008 : Jurutera Awam Kanan (J48), Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang
  5. Tahun 2008 - 2009 : Jurutera Awam Penguasa (J52), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  6. Tahun 2009 – 2011 : Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur( Penempatan di Bahagian Senggara Persekutuan Negeri Pahang)
  7. Tahun 2011 - 2013 : Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  8. Tahun 2013 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Senggara Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur (Bahagian Senggara Fasiliti Jalan)
  9. Tahun 2014 – 2015 :Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Negeri Terengganu
  10. Tahun 2015 – 2021 : Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat Kuala Lumpur
  11. Tahun 2021 - 2021 : Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54-M), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Professional Engineer with Practising Certificate(PEPC) registered with Board of Engineers Malaysia (PEPC)) since 1997
  2. Member of Institute of Engineers Malaysia (MIEM) since 1987.

b) Sumbagan dalam Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Member of The Institution of Engineers  Malaysia
  2. Professional Engineer with Board of Engineers M’sia.
  3. Member of University of Malaya Alumni
  4. Member of University Teknologi Malaysia Alumni
  5. Committee in SSR Rating owner in PWD Malaysia)

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 1999
  2. Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) – 2005

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. IR. RADZUAN BIN MOKHTAR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"