Date: Isnin, Ogos 28, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. ROKIAH BINTI SALIM, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 31 Ogos 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pembantu Teknik Sangkut pada 16 September 1978 dan ditempatkan di Cawangan Jentera. Pada 20 Mei 1990, beliau dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Mekanikal dan ditempatkan di JKR Worksyop Persekutuan. Seterusnya pada 4 Ogos 2009, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan dan ditempatkan di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sehingga sekarang.

Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1993. Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam membangunkan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;

  1. GUIDELINES ON THE DESIGN OF INTERNAL COLD WATER SYSTEM
  2. GUIDELINES ON THE DESIGN OF SANITARY SYSTEM
  3. ACCEPTANCE CRITERIA FOR INSTALLATION OF COLD WATER SYSTEM
  4. ACCEPTANCE CRITERIA FOR INSTALLATION OF SANITARY SYSTEM
  5. DOKUMEN PANDUAN KECEKAPAN AIR BAGI REKABENTUK SISTEM DALAM BANGUNAN

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.