Date: Selasa, Januari 30, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Rozina bt Sudin, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Negeri Perak yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Februari 2018. 

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 Januari 1992 dan ditempatkan di JKR Negeri Perak sebagai Jurutera Elektrik Tingkatan Biasa. Seterusnya beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Elektrik Kanan pada 1 April 2003 dan dikekalkan di penempatan yang sama. Pada bulan Mac 2009, beliau ditukarkan ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur selama empat (4) tahun sebelum ditukarkan ke Unit Kejuruteraan Elektrik Persekutuan (Perak) pada bulan Jun 2014. Pada 16 April 2013, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Negeri Perak dan memilih untuk bersara pilihan pada 1 Februari 2018.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P) : Tahun 2006

2) Sijil Penerima Pingat Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan : Tahun 2009

3) Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) : Tahun 2015

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1999

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2008

3) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 bagi kategori Pengurus Projek/Tenaga

     Bertauliah (Certified Energy Manager) AEMAS

4) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 bagi kategori Pengurus Projek/Tenaga

     Bertauliah (Certified Green Building MDEX Facilitator)

c) Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam penerbitan buku dan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;

1) Manual  Penarafan Hijau JKR (pHJKR)

2) Malaysian Carbon Reduction Environmental and Sustainability Tool (MyCREST)

3) Energy Effiency Guidelines For CKE Design

4) Standard Specification For Road Works – Section 8 : Traffic Signal System

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.