Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. SALINA BINTI HASSAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 26 Disember 2024.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Gred J5 di Unit Lapangan Terbang, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia pada 4 September 1985. Beliau juga telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1985 – 1987 : Pembantu Teknik Gred J5, Unit Lapangan Terbang, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 1987 – 1997 : Pembantu Teknik Gred J5, JKR Negeri Pahang.
- Tahun 1997 – 2003 : Pembantu Teknik Gred J5, JKR Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
- Tahun 2003 – 2005 : Penolong Pengarah Bangunan Gred J41,Bahagian Bangunan, JKR Negeri Pulau Pinang.
- Tahun 2005 – 2007 : Penolong Pengarah Jalan Gred J41, Bahagian Jalan, JKR Negeri Pulau Pinang.
- Tahun 2007 – 2009 : Penolong Pengarah Jalan Gred J44, Bahagian Jalan, JKR Negeri Pulau Pinang.
- Tahun 2009 : Ketua Bahagian Gred J48, Bahagian Kawal Selia Sumber Air, Pejabat SUK Negeri Pulau Pinang.
- Tahun 2009 – 2011 : Ketua Penolong Pengarah Gred J48, Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Negeri Pulau Pinang.
- Tahun 2011 – 2014 : Ketua Penolong Pengarah Gred J48, Ketua Pejabat Projek & Pengurusan Korporat, JKR Negeri Pulau Pinang.
- Tahun 2014 – 2017 : Ketua Seksyen Teknikal Gred J48, Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Tahun 2017 – 2020 : Jurutera Daerah Gred J52, JKR Daerah Sepang.
- Tahun 2020 – 2021 : Jurutera Awam Penguasa Gred J52, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
- Tahun 2021 – 2022 : Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54, Pasukan Projek Khas 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2022 – 2023 : Pengarah, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Tahun 2023 – 2024 : Jurutera Awam Penguasas Kanan Gred J54, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
Antaranya ;
a) Kelayakan Profesional
- Jurutera Professional.
b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Ahli Majlis TIndakan Kader (2023 & 2024);
- AJK Sebut Harga KKR (wakil ganti 1 KPKR) 2023 & 2024; dan
- JKR Sebut Harga (JSH) bagi Jabatan Perumahan Negara Arahan Perbendaharaan 170,39(a) [2022 & 2023].
d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Panel Penemuduga CIDB Program Penyelia Tapak Pembinaan (Wilayah Persekutuan, Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang 2009 – 2018);
- Penal Penemuduga JPA Pelajar Luar Negara (2009 – 2011);
- Panel Penemuduga SUK Pulau Pinang (kenaikan pangkat kumpulan sokongan 2009 – 2011);
- Panel Penemuduga Jurutera Awam SPA (2022);
- Panel Industri Fakulti Kejuruteraan Awam UITM Shah Alam (2021 & 2022); dan
- Penal Penilai Anugerah Ikon Bumiputera Pulau Pinang (ICU, Pulau Pinang 2008 & 2009).
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Pingat Kelakuan Terpuji (Negeri Pulau Pinang);
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1996, JKR Negeri Pahang;
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, JKR Negeri Pulau Pinang; dan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. SALINA BINTI HASSAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 1665 bacaan