Date: Rabu, April 3, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. SAMSURI BIN MASLAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 April 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Pembantu Teknik (Mekanikal) di JKR Cawangan Kerjuruteraan Mekanikal Negeri Johor pada 29 Ogos 1985, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan di Cawangan Perancangan Aset Bersepadu. Beliau telah berkhidmat selama 38 tahun 7 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1997:  Pembantu Teknik (Mekanikal)(J29), JKR Cawangan Kerjuruteraan Mekanikal Negeri Johor
  2. Tahun 1997-2004: Jurutera Mekanikal, (J41), JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor
  3. Tahun 2004-2005: Jurutera Mekanikal, (J41) Jabatan Keretapi Malaysia
  4. Tahun 2005-2007: Jurutera Mekanikal,(J44), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  5. Tahun 2007-2011: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia
  6. Tahun 2011-2016: Jurutera Mekanikal Penguasa (J52), Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia
  7. Tahun 2016-2022: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (J54), Bahagian Pengurusan Projek 5, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2022-2023: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (J54), Bahagian Bangunan Kerajaan 1, JKR WP Putrajaya
  9. Tahun 2023-2024: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (J54), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan sepanjang puluhan tahun perkhidmatan. Antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional (Ir.) pada tahun 2023

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Ahli Jawatankuasa Siasatan Dalaman Berhubung Aduan Penyelewengan Pengurusan Kusupen Event, Institut Penilaian Negara pada Tahun 2014
  • Ahli Jawatankuasa Siasatan Laporan Ketua Audit Negara pada Tahun 2012

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd pada Tahun 2015

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR), tahun 1994
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR), tahun 1999
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Jabatan Keretapi), tahun 2005
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kementerian Kewangan), tahun 2012
  • Penerimaan Pingat Ahli Mangku Negara (Kementerian Kewangan), tahun 2015
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR), tahun 1994

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga YBrs. Ir. SAMSURI BIN MASLAN dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"