Date: Selasa, Oktober 25, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. SUHAIMI BIN JAMALUDIN, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 Oktober 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam, Gred J41 bertempat di Cawangan jalan, pada 1 Disember 1995. Beliau telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1995-2003: Jurutera Awam(J41), Cawangan Jalan, Jabatan Kerja raya
  2. Tahun 2003-2005: Jurutera Awam(J41), Cawangan Pengurusan Korporat
  3. Tahun 2005-2019: Jurutera Awam/ Jurutera Awam Kanan/ Jurutera Awam Penguasa/ Jurutera Awam Penguasa Kanan(J41-J54), Cawangan Kejuruteraan Cerun
  4. Tahun 2017-2017: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
  5. Tahun 2019-2020: Timbalan Pengarah (J54), Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang
  6. Tahun 2020-2022: Pengarah (JUSA C), Cawangan Kejuruteraan Geoteknik

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. MS in Geotechnical And Geological Engineering, Universiti Putra Malaysia, 2006
  2. B.Eng. (Hons) Civil, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 1995

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Mengetuai pasukan HOPT dan HODT, berjaya menyiapkan projek Kerja-kerja Pembaikan Cerun di Sek. 9, Jalan raya menuju ke Kompleks RADAR TUDM, Bukit Ibam, Rompin, Pahang (kos projek RM8 juta) (2014 to 2016)
  2. Menguruskan dengan jayanya projek pengumpulan data cerun di sepanjang 7,250km jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia di bawah Projek Penyelenggaraan Cerun Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Melalui Kontrak Jangkamasa Panjang Mulai Tahun 2017 dengan kos RM46.3juta (Oktober 2017 – Oktober 2019),
  3. Berjaya menyediakan Terma Rujukan dan memulakan kerja bagi item provisional sum untuk kerja Quantitative Risk Assessment and Establishment of New Formula For Hazard and Risk Map di bawah Projek Penyenggaraan Cerun Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Melalui Kontrak Jangkamasa Panjang Mulai Tahun 2017 dengan siling kos RM3juta (May 2019 – May 2020),
  4. Berjaya menyediakan Terma Rujukan dan memulakan kerja bagi item provisional sum untuk kerja Rock Slope Mapping For Federal Roads in Peninsular Malaysia di bawah Projek Penyenggaraan Cerun Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Melalui Kontrak Jangkamasa Panjang Mulai Tahun 2017 dengan siling kos RM5.5 juta (May 2019 – May 2020),
  5. Mewakili Malaysia bersama 3 pegawai Jabatan Minerals Dan Geosains Malaysia (JMG) dalam roundtable discussion di CGS-CCOP Seminar on Geohazard Prevention and Mitigation; Lanzhou, Gansu, China; Chinese Geological Survey (CGS) & Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP); 22 to 24 June 2019.

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Member of Road Engineering Asia Australasia Association (REAAA) Climate Change, Resilience and Emergency Management Committee (Mac 2019 sehingga kini)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. SUHAIMI BIN JAMALUDIN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"