Date: Selasa, Februari 15, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. YUSUF BIN ABD GHANI, PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 16 FEBRUARI 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Tingkatan Biasa (J3) bertempat di JKR Negeri Terengganu pada 15 Mac 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-2004: Jurutera Awam Tingkatan Biasa (J3), JKR Negeri Terengganu
  2. Tahun 2004-2010: Jurutera Awam Kanan (J48) , JKR Negeri Terengganu
  3. Tahun 2010-2013: Jurutera Awam Kanan (J48), JKR Negeri Pahang
  4. Tahun 2013-2014: Ketua Penolong Pengarah(J52), Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2014-2016: Jurutera Daerah (J52), JKR Negeri Pahang
  6. Tahun 2016-2017: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), JKR Negeri Terengganu
  7. Tahun 2017-2019: Timbalan Pengarah (Pembangunan)(J54), JKR Negeri Terengganu
  8. Tahun 2019-2022: Pengarah Jabatan Kerja Raya (JUSA C), JKR Negeri Terengganu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional: JURUTERA PROFESIONAL, NOMBOR PENDAFTARAN : 19782                                                                                                          (Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia)

b) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Ahli Institusi Jurutera Malaysia
  3. Ahli Jawatan Kuasa Kelab Golf Diraja Terengganu
  4. Ahli Jabatan Kerja Raya Malaysia Diver
  5. Penaung Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu
  6. Penaung Koperasi Kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu Berhad
  7. Penaung Jabatan Kerja Raya Terengganu Cycling Team
  8. Yang Dipertua Majlis Sukan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1.  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1999
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019

JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Ir. YUSUF BIN ABD GHANI atas segala jasa dan keringat tenaga beliau selama berkhidmat di Jabatan Kerja Raya. Sesungguhnya tidak ternilai sumbangan, kepakaran dan kepimpinan beliau dalam membantu meningkatkan kecemerlangan Jabatan. Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya. Semoga YBrs. Ir. YUSUF BIN ABD GHANI dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"ALHAMDULILLAH, AMAL DAN JASA BAKTI DICURAH"