Date: Khamis, Jun 1, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS Ir. ZALINA BINTI MOHD YUSOF yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 Jun 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Sementara (J29), bertempat di JKR Workshop Bentong, Pahang pada 23 September 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1986: Pembantu Teknik Sementara (J29), JKR Workshop Bentong, Pahang
  2. Tahun 1986-1995: Pembantu Teknik Jentera (J29), JKR Workshop Bentong, Pahang
  3. Tahun 1995-1999: Jurutera Mekanikal(J3), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR Malaysia
  4. Tahun 1999-2005: Jurutera Mekanikal(J41), JKR Woksyop Negeri Pahang, Kuantan, Pahang
  5. Tahun 2005-2007: Jurutera Mekanikal Kanan(J44/J48), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal IP JKR KL.
  6. Tahun 2007-2009: Jurutera Mekanikal Kanan(J44/J48), JKR Woksyop Negeri Pahang, Kuantan, Pahang
  7. Tahun 2009-2013: Jurutera Mekanikal Penguasa(J52), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal IP JKR Malaysia.
  8. Tahun 2013-2016: Jurutera Mekanikal Penguasa (J52), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  9. Tahun 2016- 2023: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan(J54), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal IP JKR Malaysia.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS Ir. ZALINA BINTI MOHD YUSOF dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"