Date: Selasa, Oktober 31, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. NORHAYATI BINTI NASARUDDIN, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 November 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Arkitek pada 1 November 1985 dan ditempatkan di Cawangan Kerja Dalam Negeri, IP JKR Kuala Lumpur. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Cawangan Perancangan di Putrajaya, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, Cawangan Kerja Kesihatan, Kementerian Kewangan dan pada tahun 2011 ditukarkan ke Cawangan Kerja Bangunan Am sehingga sekarang.

Sepanjang 32 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2005 dan turut dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1988, 1989, 2004 dan 2009.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.