Date: Khamis, September 8, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Pn.Hjh. Zainah Bt Mohd Said, Ketua Bahagian, Kewangan dan Akaun, CDPK JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam mulai 01 Okt 2016. Hari ini adalah merupakan hari terakhir beliau sebagai pegawai kerajaan kerana akan bercuti sehingga tarikh tersebut.
 
Beliau telah mula berkhidmat pada 22 Ogos 1984. Sepanjang berkhidmat selama 32 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kewangan Am, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bahagian Kewangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kerja Raya dan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.