Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. SOON CHOOI MEE, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Ogos 2018.
Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Juruukur Bahan pada 2 Disember 1984 dan ditempatkan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1. Tahun 1984 – 1987 : Juruukur Bahan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR Malaysia
2. Tahun 1987 – 1996 : Juruukur Bahan di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR Malaysia
3. Tahun 1996 – 2005 : Juruukur Bahan Kanan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR Malaysia
4. Tahun 2005 – 2008 : Juruukur Bahan Kanan di Cawangan Kerja Pendidikan, IP JKR Malaysia
5. Tahun 2008 : Juruukur Bahan Penguasa di Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
6. Tahun 2008 - 2012 : Juruukur Bahan Penguasa di Cawangan Kerja Keselamatan, IP JKR Malaysia
7. Tahun 2012 – 2014 : Juruukur Bahan Penguasa di Bahagian Projek Kompleks, IP JKR Malaysia
8. Tahun 2014 – 2018 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR Malaysia
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;
a) Kurniaan
1. Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N)
b) Anugerah dalam Perkhidmatan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009
c) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan Malaysian Institute of Surveyors
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagian.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1748 bacaan