Date: Jumaat, Disember 13, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr ANITA BINTI IBRAHIM yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 Disember 2024.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Bahan Gred J3 di Bahagian Kontrak, Penyenggaraan dan Bumiputera, JKR Negeri Pahang pada 1 Julai 1993. Beliau juga telah berkhidmat lebih 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993 – 1994: Juruukur Bahan Gred J3, Bahagian Kontrak, Penyenggaraan Dan Bumiputera, JKR Negeri Pahang.
  2. Tahun 1994 – 1997: Juruukur Bahan Gred J3, Unit Bumiputera, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Pahang Negeri
  3.  Tahun 1997 – 2000: Juruukur Bahan Gred J3, Cawangan Pembangunan Usahawan, JKR Negeri Pahang.
  4. Tahun 2000 – 2005: Juruukur Bahan Gred J41, Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan.
  5. Tahun 2005 – 2007: Juruukur Bahan Gred J44, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
  6. Tahun 2007 – 2008: Juruukur Bahan Kanan Gred J48, Cawangan Kerja Keselamatan.
  7. Tahun 2008 – 2012: Juruukur Bahan Kanan Gred J48, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan.
  8. Tahun 2012 – 2017: Juruukur Bahan Penguasa Gred J52, UKAS, Jabatan Perdana Menteri.
  9. Tahun 2017 – 2018: Juruukur Bahan Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu.
  10. Tahun 2018 – 2020: Juruukur Bahan Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan.
  11. Tahun 2020 – 2022: Juruukur Bahan Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Kerja Keselamatan
  12. Tahun 2022 – 2024: Juruukur Bahan Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.

Antaranya ;

a) Kelayakan Profesional

  • Juruukur Bahan Profesional (CQS)

b) Lain-Lain Kekompetenan

  • Pengurus Perolehan (Tahap 3) (2018)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Ahli Jawatankuasa Technical Working Group (TWG) Public Sector Comparator, EPU (2015)
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Standard Industri Pembinaan Bagi Perumahan Kebangsaan Di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (2018)
  • Ahli Task Force Kajian Penilaian Tender J-Nilai 2.0 Di CKUB (2018)
  • Ahli Jawatankuasa Induk Pembangunan Lestari - Duta Lestari Di CKUB (2018)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) (2018)
  • Ketua Panel Penilai Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik (Infrastruktur/Bangunan) Kategori Projek RM500 Ribu - Rm20 Juta Sempena Hari Inovasi JKR Malaysia (2018)
  • Ahli Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) Kejuruteraan Awam & Struktur Bagi Projek Pembangunan Fizikal/Kajian Cawangan Jalan (2019)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja Energy Performance Contract (EPC) - Sub Pasukan Kerja (2019)
  • Ahli Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) Ukur Bahan Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan Bagi CKS (2020)
  • Ahli Lembaga Perolehan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP) KPKT (2020)
  • Ahli Lembaga Perolehan (Wakil KPKR) Di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) (2020)
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal ICT Di Jabatan Kerja Raya Malaysia Bagi Sesi 2020 (2020)
  • Ahli Panel Penemuduga Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional Di JKR Sesi 3 Tahun 2020 (2020)
  • Ketua Panel Penemuduga Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional Di JKR Sesi 2 Tahun 2020 (2020)
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal Dan Kewangan Bagi Penyediaan Skop Serta Dokumen Tawaran Bagi Penyenggaraan Lebuhraya Pan Borneo Negeri Sarawak (2023)
  • Ahli Jawatankuasa Penetapan Kadar Baharu (Fair Rate) Untuk Kerja-Kerja Yang Tiada Dalam Schedule Of Rate (Sor) Bagi Perjanjian Penswastaan Penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (2023)
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal Semakan Semula Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Rutin Dan Jadual Kadar Harga Untuk Kontrak Penswastaan Penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (2023)
  • Ahli Panel Temu Duga Bagi Urusan Pemangkuan Jurutera Awam/Juruukur Bahan/Arkitek/Jurutera Mekanikal/Jurutera Elektrik Di Jabatan Kerja Raya  Malaysia Sesi 1 Tahun 2023 (2023)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Ahli Jawatankuasa Kecil Penganjuran Persidangan QS International Convention 2016 Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (2016)
  • Ahli Jawatankuasa Penganjuran QS International Convention (QSIC) 2018 Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (2018)
  • Ahli Jawatankuasa Induk Di CKUB Bagi Program QSCDP Bersama RISM (2018)
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Peperiksaan Ukur Bahan (QSEC) Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (2023)
  • Pegawai Task Force Bagi Peneraju Resolusi National Asset & Facility Management (NAFAM) - Resolusi No.2 (2023)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Ahli Mahkota Pahang (AMP), Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (2006)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan (2010)
  • Ahli Mangku Negara (A.M.N), Persekutuan (Agong) (2015)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Perdana Menteri (2016)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cawangan Kerja Keselamatan (2021)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Sr ANITA BINTI IBRAHIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat