Date: Jumaat, Januari 29, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Sr. Fadzilah Bt Abdul Samad,Pengarah Kanan,Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 31 Jan 2016. Beliau telah mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 01 Ogos 1979, di Cawangan Ukur Bahan.

Sepanjang berkhidmat selama hampir 37 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Negeri Johor,Kementerian Pertahanan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kader), Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB).

Beliau merupakan Fellow of 'Royal Institution of Chartered Surveyor' (UK) dan ahli 'Royal Institution of Surveyors Malaysia'.Antara sumbangan besar beliau kepada negara dan jabatan ialah :-

a) Mewakili negara dalam Rundingan Perjanjian Bebas (Free Trade Agreement-FTA) bagi Trans-Pacific Strategic Economic Partnership (TPP) dan Malaysia-European Union FTA (MEUFTA).

b) Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan Perolehan dan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina.

c) Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Buku Panduan Pentadbiran Kontrak.

d) Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Kertas Kerja bertajuk " Kajian Semula Dasar Perolehan Perkhidmatan Perunding Bagi Projek Pembangunan Fizikal" yang telah dijadikan asas bagi Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2011 - Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perunding Bagi Projek atau Kajian Kerajaan yang telah dikeluarkan pada 23 Mac 2011.

e) Ahli Jawatankuasa Majlis Akreditasi Ukur Bahan, Lembaga Jurukur Bahan Malaysia.

f) Ahli Jawatankuasa Integriti JKR/ Jawatankuasa Siasatan.

g) Ahli Jawatankuasa Akreditasi Juruaudit Keselamatan Jalan.

h) Pemeriksa Luar Bagi Program Sarjana Muda Ukur Bahan, Universiti Malaya.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya.Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.