Date: Isnin, Mei 14, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. SR HJ. RUZALI BIN HUSSAIN, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IP JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 20 Mei 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 12 September 1979 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Tentera, IP JKR. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1979 - 1986         : Juruukur Bahan, Cawangan Tentera, IP JKR

2) Tahun 1986 - 1990         : Juruukur Bahan, Bahagian Kerja Dalam Negeri, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

3) Tahun 1990 – 1993        : Juruukur Bahan, Unit Kontrak Bumiputera, Cawangan Melaka

4) Tahun 1993 – 1998        : Juruukur Bahan, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Melaka dan IP Kuala Lumpur

5) Tahun 1998 – 2000        : Juruukur Bahan, IP Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

6) Tahun 2001 – 2003        : Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya

7) Tahun 2003 – 2006        : Juruukur Bahan Kanan, Cawangan Pakar dan Kejuruteraan Awam, IP JKR

8) Tahun 2006 – 2008        : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Senggara, IP JKR

9) Tahun 2008 – 2012        : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan PROKOM, IP JKR

10) Tahun 2012 – 2016      : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Keselamatan, IP JKR

11) Tahun 2016 – 2017      : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, JKR Negeri Pahang

12) Tahun 2017 – 2018      : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

Beliau berjaya mendapat beberapa pengiktirafan kelayakan profesional seperti berikut;

1) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (CQS)

2) Ahli Institute of Surveyors Malaysia (MISM)

3) Ahli Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA)

Selain itu, beliau juga bergiat aktif dengan pertubuhan antarabangsa sehingga dilantik sebagai Ahli Pertubuhan Antarabangsa ‘THE WATT CLUB HERRIOT WATT UNIVERSITY (HWU)’, United Kingdom.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.