Date: Jumaat, April 16, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. SR HUSNAN BIN HUSSIN, PENGARAH KEJURUTERAAN KOS (SME), CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IPJKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 APRIL 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan Tingkatan Biasa (A18) di Ibu Pejabat JPT Malaysia pada 16 Oktober 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1985 : Juruukur Bahan Tingkatan Biasa (A18), Ibu Pejabat JPT Malaysia
  2. Tahun 1985 - 1992 : Juruukur Bahan Tingkatan Biasa (A18), JPS Projek Kemasin Semerak, Kelantan
  3. Tahun 1992 - 1997 : Juruukur Bahah Tingkatan Kanan (A11/J3), JPS Projek Kemasin Semerak, Kelantan
  4. Tahun 1997 - 2002 : Juruukur Bahan (J3), JKR Kelantan
  5. Tahun 2002 - 2002 : Juruukur Bahan (J41), JKR Kelantan
  6. Tahun 2003 - 2004 : Juruukur Bahan Kanan (J48), JKR Kelantan
  7. Tahun 2004 - 2007 : Juruukur Bahan Kanan (J48), JKR Projek Gerbang Selatan Bersepadu, Johor
  8. Tahun 2007 - 2008 : Penolong Pengarah Kanan (Ukur Bahan) (J48), Cawangan Kerja Bangunan Am, IPJKR Malaysia
  9. Tahun 2008 - 2008 : Ketua Penolong Pengarah (Ukur Bahan) (J52), Cawangan Kerja Bangunan Am, IPJKR Malaysia
  10. Tahun 2008 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah (Ukur Bahan) (J52), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR Malaysia
  11. Tahun 2014 - 2015 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (Ukur Bahan) (J52- KUP-M), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR Malaysia
  12. Tahun 2015 – 2015 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (Ukur Bahan) (J54-M), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR Malaysia
  13. Tahun 2015 – 2018 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (Ukur Bahan) (J54), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR Malaysia
  14. Tahun 2018 – 2019 : Pengarah Kejuruteraan Kos (SME) (Gred Khas C-KUP-SME-M), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR Malaysia
  15. Tahun 2019 – 2021 : Pengarah Kejuruteraan Kos (SME), (Gred Khas C- KUP-SME), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Consultant Quantity Surveyor (CQS)
  2. Member of Royal Institute Of Surveyors Malaysia (MRISM); Sr

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Inovasi sistem Rates Online (RATOL) yang telah diterbitkan dalam Portal RATOL di Laman Web JKR – Negara – 2010-2011
  2. Inovasi sistem Preliminary Cost Estimate Prediction Model (PCE PreMo) yang telah diterbitkan dalam Portal PWCIC di Laman Web JKR – Negara – 2012-2013
  3. Pembangunan Portal Public Works Cost Information Centre (PWCIC) yang telah diterbitkan di Laman Web JKR – Negara – 2012-2015
  4. Penceramah bagi Kursus Building Elemental Cost Analysis (ECA) – Jabatan – 2016-2019
  5. Penceramah bagi Kursus Civil Engineering Elemental Cost Analysis (CEECA) – Jabatan – 2016-2019
  6. Penceramah bagi Kursus Penyediaan Anggaran Kos Melalui Sistem RATOL Dan PCE PreMo – Jabatan – 2016-2019
  7. Penceramah bagi Kursus Pensijilan Ukur Bahan : Pengurus/Eksekutif Kos Pembinaan (Tahap 2) – Jabatan – 2019
  8. Penceramah bagi Kursus Penyediaan Kadar Harga Kerja Bangunan – Jabatan – 2019-2020

c) sumbangan dalam Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia - Ahli Jawatankuasa Continuos Professional Development (CPD) – 2015-2016
  2. Royal Institute Of Surveyors Malaysia - Ahli Task Force Bagi Standard Method of Measurement (SMM3) – 2017-2018
  3. Kelab Kebajikan dan Riadah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan - Pengerusi BIRO Sukan Kelab Kebajikan dan Riadah, CKUB – 2014-2016

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang -2009
  2. Pengiktirafan Sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) -2018
  3. Sijil Penghargaan Jabatan Ke Atas Kejayaan Menghasilkan Produk Inovasi - Sistem RATOL -2011
  4. Naib Johan Anugerah Inovasi ICT KKR 2013 - Sistem RATOL -2013
  5. Seoul International Invention Fair 2013 - Bronze Prize - Sistem RATOL -2013
  6. Malaysia Technology Expo 2014 - Bronze Medal - Sistem RATOL -2014
  7. 2014 CAPAM International Innovations Awards - semi-finalist – RATOL - 2014

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. SR HUSNAN BIN HUSSIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"