Date: Selasa, Februari 28, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Sr. Raja Zaiton Binti Raja Adam, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan JKR Malaysia yang akan bersara dalam perkhidmatan awam bermula pada 1 Mac 2017.

Beliau telah mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 25 November 1982 di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Sepanjang berkhidmat selama 34 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Negeri Perak, JKR Negeri Selangor, Bahagian Bangunan Am 2 CKUB dan kini di Bahagian Kesihatan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Malaysia.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.