Date: Rabu, Jun 21, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Zaiton binti Shaari, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Julai 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 1 September 1984. Sepanjang perkhidmatan selama 33 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai jabatan dan cawangan di antaranya Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, Unit Turnkey, Cawangan Bangunan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air dan Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.