Date: Rabu, Ogos 2, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Tuan Hj. Ghazali bin Md. Noor, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 3 Ogos 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 15 Ogos 1981. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah menabur bakti di beberapa penempatan JKR Negeri seperti JKR Terengganu, JKR Kelantan, JKR Perak, JKR Kedah dan JKR Johor.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.