Date: Selasa, September 12, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. HJ. KAHADI BIN HASSAN, TIMBALAN PENGARAH (TEKNIKAL) JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI KELANTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 September 2017. Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 3 Januari 1985 dan ditempatkan di JKR KESEDAR, Gua Musang sebagai Jurutera Awam. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti JKR Negeri Pahang, JKR Jajahan Kota Bharu, JKR Negeri Terengganu, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB), Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim (CPUM), Pasukan Projek Khas Bangunan (Pasca Banjir) Negeri Kelantan sebelum ditukarkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal).

Sepanjang 32 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan Ahli Yang Kelima (Setia) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang  (A.S.K) pada tahun 1999, Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) pada tahun 2011 dan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K) pada tahun 2016. Selain itu, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1994 dan 1999.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.