Date: Isnin, Disember 4, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. ZAMANI BIN MD. JIDIN, PENGARAH BAHAGIAN TEKNIKAL JABATAN AUDIT NEGARA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 Disember 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 7 Januari 1983 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Tentera, IP JKR Kuala Lumpur. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti JKR Negeri Sembilan, JKR Negeri Terengganu, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sebelum ditempatkan di Jabatan Audit Negara sebagai Pengarah Bahagian Teknikal pada tahun 2007 sehingga sekarang.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Tahun 1991 (Negeri Sembilan)
2) Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) Tahun 1992 (Negeri Sembilan)
3) Darjah Jasa Kebaktian (PJK) Tahun 1998 (Negeri Terengganu)
4) Pingat Ahli Mangku Negera (AMN) Tahun 2003 (Wilayah Persekutuan)

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1997
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2002
3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2008

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.