Date: Selasa, Mei 24, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Tn.Hj.Adnan b Hj.Mohd Nasir, Ketua Bahagian, BPSM, CDPK JKR Malaysia yang bersara sebagai kakitangan awam pada 24 Mei 2016.
 
Beliau telah mula berkhidmat pada 15 Januari 1980. Sepanjang berkhidmat selama 36 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kubu Bharu, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Kementerian Penerangan,kementerian Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perdana Menteri, Biro Pengaduan Awam dan Kementerian Kerja Raya.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.