Date: Jumaat, November 15, 2024
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ts. MUHAMMAD KHAIRI BIN SULAIMAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 November 2024.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Gred J4 di Jabatan Kerja Raya, Negeri Sembilan pada 1 Oktober 1986. Beliau juga telah berkhidmat lebih 38 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1986 – 1990 : Pembantu Teknik Gred J4, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.
- Tahun 1990 – 1993 : Cuti belajar, Kursus Diploma Lanjutan Senibina, Institut Teknologi MARA.
- Tahun 1993 – 1995 : Pembantu Teknik Gred J4, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.
- Tahun 1995 – 1997 : Arkitek Gred J3, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 1997 – 2005 : Arkitek Gred J3, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2005 – 2006 : Arkitek Gred J44, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
- Tahun 2006 : Arkitek Gred J44, Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2006 – 2008 : Cuti belajar bergaji penuh, Kursus Sarjana Senibina, Universiti Teknologi Malaysia.
- Tahun 2008 – 2011 : Penolong Pengarah (Arkitek) Gred J48, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2011 – 2012 : Arkitek Penguasa Gred J52, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2012 – 2017 : Arkitek Penguasa Gred J52, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2017 – 2021 : Arkitek Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2021 : Arkitek Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2021 – 2024 : Pengarah Gred JUSA C, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya ;
a) Kelayakan Profesional
- Teknologis Profesional berdaftar dengan MBOT
b) Lain-Lain Kekompetenan
- Pakar Rujuk Jabatan – Building Information Modelling
- Pegawai Subject Matter Expert (SME) Building Information Modelling
- Sijil pentauliahan sebagai Master Trainer BIM Modeler (structure) 2017
- Sijil pentauliahan sebagai Master Trainer BIM Modeler (architecture) 2017
- Sijil pentauliahan sebagai Master Trainer BIM Coordinator 2017
- Sijil pentauliahan sebagai Master Trainer BIM Manager 2017
- AutoDesk Certified Professional Revit Architecture
c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Pegawai, Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan (KPPIC)
- Panel Penilai Kompetansi BIM JKR
- Ahli Jawatankuasa Tugas Rasmi keluar Negara
- Ahli Jawatankuasa Pemandu Building Information Modelling
- Ahli Jawatankuasa Pemandu ICT JKR
- Penceramah Inovative Infrastructure: BIM Adoptionand Digital Transformationin Malaysia Public Project
d) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Pertubuhan BIM Malaysia – Ketua Kompetansi Latihan
- Pertubuhan BIM Malaysia – Ahli Bahagian Inovasi dan Teknologi
- Fellow Institut Sultan Iskandar – Universiti Teknologi Malaysia
- Panel Penilai – Jawatankuasa Pemilihan Anugerah MBOT
- Industry Expert Advisory Panel for Master By Research Program (IEAP) - Tengku Abdul Rahman University College (TARC)
- Industry Expert Advisory Panel for Engineering Technologies Program (IEAP) - Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2012
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2016
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2023
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ts. MUHAMMAD KHAIRI BIN SULAIMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1199 bacaan