Date: Selasa, Ogos 6, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TUAN HAJI SHAHIDAN BIN MAT, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Ogos 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1992 : Jurutera Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  2. Tahun 1992 - 1997 : Jurutera Awam, Jabatan Kerja Raya Selangor
  3. Tahun 1997 - 2002 : Jurutera Awam Kerja Kanan, Kementerian Kewangan Malaysia
  4. Tahun 2002 - 2005 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Petaling
  5. Tahun 2005 - 2006 : Jurutera Awam Kerja Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR
  6. Tahun 2006 - 2007 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR
  7. Tahun 2007 - 2008 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat JKR
  8. Tahun 2008 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011 dan 2017 serta berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Beliau juga merupakan wakil KPKR sebagai Ahli Tetap Lembaga Perolehan Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2016 hingga 2019, Pegawai Integriti Cawangan Kerja Pendidikan, Ahli JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Premis MAJU TOWER, Ahli JK EKSA Premis MAJU TOWER dan Cawangan, AJK Siasatan Laporan Ketua Audit Negara 2017.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. TUAN HAJI SHAHIDAN BIN MAT dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.