Date: Jumaat, Oktober 20, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. W. MOHD SAIPALLAH BIN W. KADIR, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 2 (HOPT2), CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 Oktober 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 27 Julai 1980 dan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia, JKR Daerah Baling, Kedah, JKR Daerah Hulu Perak, Perak, JKR Negeri Kedah, JKR Negeri Perak, Jabatan Perumahan Negara dan Cawangan Kerja Bangunan Am.

Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BCK), Kedah pada tahun 2006 dan turut dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2000.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.