Date: Khamis, November 10, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Aminuddin bin Md Yusuf, Ketua Penolong Pengarah kanan, Bahagian Rekabentuk Geoteknik Jalan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 10 November 2016. 
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 16 Jun 1983 , di Cawangan Rekabentuk Penyelidikan Kuala Lumpur. Sepanjang berkhidmat selama hampir 33 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Daerah Hulu Selangor, Unit JKR DARA, Bandar Muadzam Shah, Pahang, JKR Negeri Pahang dan Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.