Date: Isnin, Januari 9, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Muhammad Rahimi bin Abdullah, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 09 Jan 2017.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 01 Januari 1980 ,di JKR Unit KESEDAR. Sepanjang berkhidmat selama lebih 35 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Kementerian Kerja Raya, Pusat Teknologi Maklumat,JKR Malaysia, Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga, JKR Malaysia dan Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, Cawangan Jalan JKR Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.