Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YM Tengku Nizam Bin Tengku Ismail yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 13 Jun 2024.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J41) di Cawangan Perubatan Dan Kesihatan pada 02 Jan 1996. Beliau telah berkhidmat lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1996-2002: Jurutera Awam (J41), Cawangan Perubatan dan Kesihatan
- Tahun 2002-2005: Penolong Pengarah (J41), JKR Wilayah Persekutuan KL
- Tahun 2005-2007: Penolong Pengarah Kanan (J44), Bahagian pembangunan Bumiputera
- Tahun 2007-2010: Jurutera Awam Kanan (J48), Kementerian Awam
- Tahun 2010-2014: Jurutera Daerah (J48), JKR Daerah Lipis, Pahang
- Tahun 2014: Pengurus Besar Pembinaan (J48), UIAM Kampus Gambang & UMP Kampus Pekan, Pahang.
- Tahun 2014-2015: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Cerun
- Tahun 2015-2019: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J52), KPKT, Putrajaya
- Tahun 2019-2024: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
- Tahun 2024: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Jawatan Kumpulan BPSM CDPK
Antara anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh beliau sepanjang perkhidmatan sebagai penjawat awam adalah;
a) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Khidmat Cemerlang JKR (2017)
- Anugerah Khidmat Cemerlang JKR (2016)
- Anugerah Khidmat Cemerlang JKR (2002)
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YM TENGKU NIZAM BIN TENGKU ISMAIL dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.
Selamat Bersara, dan moga diberikan kesembuhan segera buat beliau.
Ikhlas daripada seluruh warga JKR Malaysia
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 1583 bacaan