Date: Isnin, Jun 12, 2023

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Ir. Shaharuddin Bin Bahari, Jurutera Awam Penguasa Jalan, Jabatan Kerja Raya Melaka, yang telah kembali ke rahamatullah pada hari Ahad 11/06/2023. Jenazah telah disolatkan di Masjid Jamek Kampung Sungai Bilah, Bukit Gambir selepas solat Isyak dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Gambir, Tangkak Johor jam 10.00 malam.

 

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

 

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya".

 

Al- Fatihah

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham

 

Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.