Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Nur Hidayat bin Khadir Osman telah kembali ke Rahmatullah pada 03 September 2023 (Ahad) jam 5.00 petang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.
"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya".
Al- Fatihah
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham
Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.
- 2792 bacaan