Date: Selasa, Oktober 25, 2022

SALAM TAKZIAH – KEMBALINYA KE RAHMATULLAH ALLAHYARHAMAH NOOR AIZURA BINTI ZULKIFLI, ARKITEK, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Noor Aizura Binti Zulkifli telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Oktober 2022 (Isnin). Dimaklumkan juga, jenazah akan dikebumikan pada pagi ini, 25 Oktober 2022 (Selasa) di Tanah Perkuburan Jelatang, Alor Gajah Melaka.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya".

 

Al- Fatihah

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarhamah

Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarhamah di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarhamah dari seluruh warga JKR Malaysia.