Date: Isnin, Februari 18, 2019

Y.Bhg. Dato'/ Datin/Tuan/ Puan,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Zaine bin Zainuddin, Mantan Jurufotografi (B22) Di Unit Perpustakaan, Sumber dan Maklumat, Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pada petang Ahad, 17 Februari 2019. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al-Khairyah Taman Seri Gombak dan disemadikan di Tanah Perkuburan Sri Gombak, Selangor.

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al-Fatihah.



"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"