Date: Sabtu, Julai 2, 2022

Dukacita dimaklumkan bahawa Mantan Ketua Pengarah Kerja Raya (10 September 1990 -  20 Jun 1996) ALLAHYARHAM TAN SRI DATO' Ir. WAN ABDUL RAHMAN BIN HAJI WAN YAACOB telah kembali kerahmatullah pada pagi ini, 2 Julai 2022 (Sabtu)

Allahyarham juga adalah merupakan Mantan Presiden Board of Engineers Malaysia (BEM) dari tahun 1990 sehingga tahun 1995.

Semoga Allah SWT mengampuni roh Allahyarham dengan limpahan RahmatNya serta dihimpunkan bersama para syuhada dan orang-orang yang soleh.

Aamiin aamiin aamiin...Ya Rabb..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.