Date: Selasa, Januari 9, 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa, En. Rusli Bin Mohd Basar, Pengurus Besar Pembinaan (Awam), Pasukan Projek Pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah (PPSAS), Kuantan, Pahang telah kembali ke Rahmatullah pada Hari Selasa, 9 Januari 2018 di, Kg. Jaya Gading, Kuantan. Jenazah akan dikebumikan selepas solat asar pada hari ini di Tanah Perkuburan Jaya Gading, Kuantan.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.