Date: Jumaat, Februari 10, 2017

Dukacita dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Mohd Ridzwan bin Kulub Othman telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Feb 2017 (Jumaat), di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pasukan Projek Khas Bangunan JKR Malaysia sebelum bersara pilihan pada Julai 2016.

Jenazah Allayarham akan disembahyangkan di Masjid Besi Putrajaya sebelum sembahyang Jumaat dan akan dikebumikan di Putrajaya. Seluruh Warga JKR Malaysia mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan para solihin dan semoga keluarganya tabah menerima kehilangan beliau. Al-Fatihah.