Date: Jumaat, Disember 23, 2016
Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada Tn. Hj. Zulkefly bin Idris, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan JKR Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini jam 4.57 pagi di Institut Kanser Negara.
 
Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Khariah Paroi Jaya, Seremban dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang (bersebelahan Econsave). Warga JKR Malaysia mengucapkan takziah dan semoga beliau dan keluarga bertabah di atas dugaan ini. Semoga roh allahyarmah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solehah. Aamiin. Al-Fatihah.