Date: Jumaat, Februari 25, 2022

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JKR merupakan sistem pengurusan aduan utama Jabatan yang telah diguna pakai berkuat kuasa pada 1 Mei 2021 oleh seluruh JKR Malaysia meliputi Ibu Pejabat, Cawangan, Negeri/Wilayah Persekutuan dan Daerah.   Aduan awam berkaitan JKR yang diterima dari saluran-saluran rasmi akan didaftarkan secara automatik dan secara manual ke dalam SISPAA JKR.  Semua aduan akan diuruskan secara berpusat di portal SISPAA JKR.

Pengurusan Aduan melalui SISPAA JKR dapat diuruskan dengan lebih berkesan seiring dengan komitmen JKR Malaysia dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Sila klik di sini untuk memuat turun poster Saluran Aduan: SISPAA JKR