Date: Selasa, Julai 19, 2016

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 19 Julai 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Ir.Dr. Roslan Md. Taha.


Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YBhg.Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan diteruskan dengan sesi soal jawab bersama Pengurusan Atasan CDPK.


YBrs Tuan Haji Hazarudin bin Hj Baharudin, dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Tips Kembali Kepada Fitrah” sempena Majlis Hari Raya ini. Cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan majlis ini.

 

Antara intipati ucapan Pengarah CDPK adalah:
• Fungsi utama CDPK dalam mambantu dan memudacara cawangan-cawangan lain dalam penyampaian perkhidmatan.
• Mengaplikasikan CTI (Cepat, Tepat dan Integriti) dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
• Kreatif dan Inovatif dalam melaksanakan kerja dan tugas yang diamanahkan. 
•Kajian semula proses kerja dalaman agar lebih efektif. Namun harus mematuhi SOP dan prosedur yang telah ditetapkan.
• Isu tatatertib dan disiplin pegawai 
• Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
• Pengiktirafan Lima Bintang Agensi Sektor Awam (SSR) dan HRMIS Jabatan.

 

Majlis berakhir pada jam 3.00 petang.