Sambutan program Persada Minda @ JKR 2023 yang bertemakan “Semarak Sukan, Badan Sihat, Minda Cerdas” telah diadakan pada 15 Ogos 2023 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia. Persada Minda @ JKR merupakan program pembudayaan ilmu Jabatan yang dilaksanakan secara tahunan bermula dari tahun 2010 dan berperanan sebagai wadah kepada warga JKR untuk meneroka dan menyemarakkan ilmu melalui sesi perkongsian dan aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan.
Program Persada Minda @ JKR 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Zulkipli Bin Haji Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Pegawai-Pegawai Kanan JKR serta para jemputan.
Majlis perasmian turut diserikan dengan sesi Pelancaran Buku dan Dokumen daripada Cawangan Jalan dan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat serta pengumuman penerima Anugerah Pengurusan Pengetahuan dan pemenang pertandingan yang telah dianjurkan bersempena sambutan program pada tahun ini seperti berikut:
Pelancaran Buku dan Dokumen
Cawangan Jalan |
|
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat |
|
Penerima Anugerah Pengurusan Pengetahuan
Anugerah Pengguna Portal JCoP Paling Aktif |
|
Anugerah Moderator Portal JCoP Paling Aktif |
|
Anugerah Penyumbang Portal JPedia Paling Aktif |
|
Anugerah Pengguna Perpustakaan Paling Aktif |
|
Peminjam Buku Perpustakaan Paling Aktif |
|
Pemenang Pertandingan Persada Minda @ JKR 2023
Pertandingan Mencipta Slogan Persada Minda @ JKR 2023 |
|
Pertandingan Kuiz Slot 1 (Challenge Your Brain To The Max’s Quiz) |
|
Pertandingan Kuiz Slot 2 (Challenge Your Brain To The Max’s Quiz) |
|
Pertandingan Kuiz Slot 3 (Challenge Your Brain To The Max’s Quiz) |
|
Pertandingan Fotografi |
|
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh penceramah yang diundang khas seperti Dr. Azril Syazwan Bin Mohd Ali (Pakar Perunding Perubatan, Sukan Institut Sukan Negara), En. Ahmad Bin Isa (Penulis Buku Ustazah Basikal) dan forum bual bicara oleh En. Aminuddin Bin Mohd Nasir (Pengurus Kanan Operasi YAKEB), YBhg. Dato’ Haji Abdul Malek Bin Mohamed Noor (Bekas Atlet Bina Badan), YBhg. Datuk Zaiton Binti Othman (Bekas Atlet Olahragawati) dan YBhg. Dato’ Hj. Noorul Ariffin Bin Abdul Majeed (Pengerusi YAKEB).
Di samping itu, bagi memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pertandingan “Timbang Bola Bulu Ayam”, “Captain Persada’s Treasure Challenge”, reruai pameran daripada pelbagai Rakan Strategik seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kepong, Karangkraf, Perpustakaan Negara Malaysia, Innowawasan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Nestle.
- 933 bacaan