Date: Selasa, Ogos 8, 2023

Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan program Persada Minda @ JKR Malaysia 2023 yang bertemakan “Semarak Sukan, Badan Sihat, Minda Cerdas” pada 15 Ogos 2023 yang akan diadakan secara hibrid iaitu bertempat secara fizikal di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia dan secara maya melalui laman Youtube JKR Malaysia.

Program tahunan anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool pada 15 Ogos 2023 (Selasa) jam 9.00 pagi.

Pelbagai aktiviti telah disediakan sebagai pengisian program termasuk sesi perkongsian ilmu oleh penceramah yang diundang khas antaranya Dr. Azril Syazwan bin Mohd Ali (Pakar Perunding Perubatan Sukan Institut Sukan Negara), En. Ahmad bin Isa (Penulis Buku Ustazah Basikal) serta 4 panel bual bicara antaranya seperti En. Aminuddin bin Mohd Nasir (Pengurus Kanan Operasi YAKEB), Dato’ Haji Abdul Malek Mohamed Noor (Bekas Atlet Bina Badan), Datuk Zaiton binti Othman (Bekas Atlet Olahragawati) dan En. Balkhis bin Ahlal (Bekas Atlet Tinju).

Para peserta yang menghadiri program Persada Minda @ JKR Malaysia 2023 (secara fizikal / dalam talian) akan menerima sijil penyertaan digital (e-sijil) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan.


Maklumat lanjut mengenai program boleh diperolehi dengan menghubungi                

En. Jason Lim Boon Seng di talian 03-4051 8566 / 016-698 6952; emel: jasonlim [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) atau

Pn. Mastura Binti Mat Saad di talian 03-4051 8568 / 013-644 3502; emel: masturasaad [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))