Date: Isnin, Disember 16, 2024

Sekalung Tahniah Puan Ir. Hajah Azura Hanim Binti Sulaiman, Jurutera Daerah JKR Gombak atas pengurniaan DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA SELANGOR (S.M.S) sempena ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ yang KE-79 baginda pada 11 Disember 2024.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan oleh Kerajaan Negeri Selangor di atas jasa bakti serta sumbangan beliau dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan Negara dan Jabatan khususnya.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Ir. Hajah Azura Hanim Binti Sulaiman.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat