Sekalung Tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan atas pengurniaan DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN (D.B.N.S.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-77 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa daripada seluruh warga JKR Malaysia.

- 1111 bacaan