Date: Selasa, March 19, 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan kepada Ir. Asha'ari Bin Hasan, Darjah Kebesaran JOHAN MAHKOTA WILAYAH (J.M.W.) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2024.

Sesungguhnya pengurniaan anugerah kebesaran ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan mereka kepada Negara dan Jabatan khususnya.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga atas penganugerahan ini. Sekalung tahniah kepada penerima anugerah.

p2p3