Date: Khamis, September 29, 2016

Program Persada Minda@JKR 2016 dengan tema "Komunikasi Jendela Ilmu" diteruskan pada hari kedua dan terakhir, bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sesi perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Komunikasi Siber’ yang disampaikan oleh Encik Alif bin Jamil, wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sesi kedua diteruskan dengan ceramah bertajuk ‘Pesan Hati untuk Hati’ oleh Ustaz Umar bin Muhammad Nor, seorang aktivis agama.

Sesi bersambung pada jam 2.30 petang dengan pengisian ilmu yang seterusnya. Kemuncak program ini iaitu sesi bual bicara yang bertenaga dengan tajuk ‘Variasi Komunikasi’. Moderator forum ini adalah Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mustar, personaliti televisyen yang tidak asing lagi. Antara panel yang terlibat adalah Encik Azhar Sulaiman (arkitek dan pelakon), Encik Abdul Rahim bin Muda (Imuda – pelukis dan pelakon),serta Tuan Nurizan bt Raja Yunus (Ana Balqis – pensyarah dan novelis).

Program Persada Minda@JKR 2016 diakhiri dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan teka muka surat buku serta pertandingan foto bertemakan komunikasi jendela ilmu, dan diakhiri dengan ucapan penutup ringkas oleh Tn Hj Razali Derahman selaku ketua pasukan penganjur. Program ini melabuhkan tirainya pada jam 5.00 petang. Semoga program ini berjaya memberi manfaat dan percambahan minda untuk para peserta dan semua yang terlibat.