Date: Isnin, Januari 9, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBhg. Datin Sr. Natifah binti Hassan, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, JKR Malaysia yang bersara sebagai kakitangan awam pada 15 Dis 2016.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 01 Jan 1983 ,di JKR Negeri Kedah. Sepanjang berkhidmat selama 34 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Kedah, Unit JKR KEDA, JKR Negeri Sembilan, JKR Negeri Johor, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Cawangan Pengurusan Korporat,JKR Malaysia dan PROKOM.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.