Date: Selasa, Februari 28, 2017

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Aminudin Bin Mohd Mashurdin, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah bersara sebagai penjawat awam pada 27 Februari 2017.
 
Ir. Aminudin Bin Mohd Mashurdin telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1984 di JKR Unit Felda Jengka, Pahang. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 33 tahun, beliau juga telah berkhidmat di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak dan Cawangan Kerja Pendidikan.


Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Salam persaraan dan selamat maju jaya.