Date: Selasa, Disember 27, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Hj. Rosli bin Mohamed, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Sabah yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 1 Januari 2017.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 1 Oktober 1983 , di JKR Negeri Kelantan. Sepanjang berkhidmat selama 34 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Unit JKR PERDA , Projek SMKA Baling Kedah, JKR Pendang/Yan, JKR Negeri Melaka dan Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, JKR Malaysia,
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.