Date: Khamis, November 16, 2023

Seminar Cawangan Jalan 2023 telah dianjurkan bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR pada Khamis, 9 November 2023. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBhg. Dato' Ir. Hj Zulkipli bin Hj Nasri. YBhg Dato’ Ir Ibrahim bin Esa sebagai Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang juga merupakan penganjur seminar telah mengiringi beliau untuk majlis perasmian. Turut hadir, Yang Berusaha, Ir Mohd Sharip bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan dan Yang Berusaha Ir Rozita binti Mat Senapi, Pengarah Pembinaan Pengurusan Projek Khas Jalan.

Seminar ini diadakan bertujuan menyediakan platform kepada jurutera jalan JKR  untuk kekal mengikuti perkembangan dalam kejuruteraan jalan dan pelaksanaan projek jalan, Cawangan Jalan. Seminar Cawangan Jalan ini menampilkan sembilan (9) pembentang daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan jalan, Cawangan Jalan yang menyampaikan penerangan terhadap isu-isu terkini dalam pelaksanaan projek jalan termasuklah dari aspek kontrak, pekeliling, Arahan Teknik Jalan, spesifikasi, garis panduan dan dokumen teknikal.

Seramai 243 orang peserta telah hadir ke seminar ini yang  terdiri daripada jurutera jalan dan penolong jurutera jalan daripada JKR Negeri, JKR Daerah, Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT), Unit Pasukan Khas Cawangan Jalan serta wakil daripada pemegang taruh iaitu Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Ekonomi. Sebanyak lima belas (15) syarikat pembekal produk jalan yang berdaftar dengan Road Material Approved List (RMAL) turut menyertai pameran seminar ini.

Cawangan Jalan berbangga atas penganjuran seminar ini yang diadakan buat julung kalinya terutama sekali selepas pandemik covid-19. Cawangan Jalan berhasrat untuk menjadikan seminar ini sebagai acara tahunan untuk platform perkongsian keperluan terkini pelaksanaan projek jalan, pengalaman, kepakaran teknikal, serta medan perbincangan bagi isu-isu berkaitan perlaksanaan projek jalan di bawah Cawangan Jalan. Semoga seminar ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir.

seminar CJ

seminar CJ

seminar CJ

seminar CJ

seminar CJ

seminar CJ

seminar CJ