Date: Jumaat, April 19, 2019

Pada 18 April 2019, seminar kesedaran tentang GARIS PANDUAN OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH IN CONSTRUCTION INDUSTRY MANAGEMENT (OSHCIM) yang dianjurkan oleh Urusetia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) JKR dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), CIDB dan UTM telah diadakan di Dewan Utama CREaTE JKR dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim.

Seramai 115 peserta dari IPJKR Cawangan dan JKR Negeri telah turut serta dalam seminar ini dan enam (6) sesi pembentangan kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah dari JKKP dan UTM seperti berikut :

  1. Amendment Act OSHA & FMA oleh Ir. Dr. Mohd Fairuz bin Abd. Rahman dari JKKP Malaysia.
  2. OSHCIM Guidelines 2017 oleh Ir. Dr. Mohd Fairuz bin Abd. Rahman dari JKKP Malaysia.
  3. Current Issue and The Needs of Safety by Design oleh Dr. Kamarizan bin Kidam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  4. OSHCIM Documentation Requirements oleh Dr. Jafri bin Mohd Rohani dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  5. Risk Management Approach for OSHCIM oleh Dr. Kamarizan bin Kidam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  6. Technology for OSHCIM oleh Dr. Jafri bin Mohd Rohani dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Semoga dengan berlangsungnya seminar ini dapat memberi manfaat dan kesedaran berkenaan pematuhan terhadap pelaksanaan Garis Panduan Occupational Safety And Health In Construction Industry Management (OSHCIM) ke atas projek JKR kepada warga JKR.